Assalamulaikum...
Sedar-sedar tido dah jam 0430 pm. Ya Allah, Taming Sari aku. Dari semalam hajat belum tertunai nak naik Menara Taming Sari. Dengan sepantas kilat aku terus bersiap dan keluar hotel setengah jam kemudian. Macam biasa dengan bertopi, aku berjalan menuju ke kawasan kompleks Menara Taming Sari.
Timing yang sedikit tak kena sebab ramainya manusia petang tu
|
Aku pun dengan gaya macam koboi masuk bandar melangkah menuju ke kaunter.
"Kak, tiket satu untuk dewasa".
"Dari negeri mana?".
"Kelantan".
Aku tak pasti apa relevannya mereka tanya asal usul aku. Kalau cakap aku ni lahir Melaka agak agak boleh dapat diskaun ke ek??? Hihihi. Lepas beli tiket dengan harga RM 15.00, aku pun beratur ikut barisan yang dah memang memanjang dari tadi lagi. Tetiba ada seorang pekerja kot minta aku berdiri kat satu kanvas kosong untuk amik gambar sebelum naik Taming Sari. Aku ni blur-blur ikut je sebab orang barisan depan pun semua kena amik gambar jugak (amik gambar je, bukan kena lari 100 meter pun).
Ramai manusia tengah beratur nak naik Taming Sari |
Dalam setengah jam jugak aku beratur tunggu giliran untuk naik menara ni. Akhirnya sampai giliran aku, yeay. Ok, menara dah start naik sambil petugas duk bagi briefing pasal menara ni, bape ketinggian dia etc. Aku tak hirau dah suara-suara yang membising dari mic tu sebab dah teruja tengok pemandangan sekeliling. Ya Allah, comelnya tak terkira. Semua macam tiny miniatures yang aku selalu tengok kat kedai mainan je.
Semua macam kete mainan je |
Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade dari pandangan atas |
Sungai Melaka dan Eyes of Melaka |
Mujur kaki ni tak buat aksi pijak kapal 'Flor De La Mar' |
Rasa takjub & amazing tengok matahari mula nak terbenam |
Aku rasa amat berbaloi walaupun duit dah berhabis RM 15.00 naik menara ni. Bukan senang nak berada di atas tengok pemandangan dengan sunset. Alhamdulillah, tak terkira gembiranya aku. So, wist list Taming Sari Tower checked.
Sebaik turun Menara Taming Sari, aku melilau menuju ke arah kompleks Muzium Maritim (kapal yang aku nampak tadi masa dalam menara). Beli tiket dengan harga RM 3.00, aku menjelajah ke tiga jenis muzium yang ada di kawasan tu.
The first one is Muzium Maritim aka replika kapal 'Flor De La Mar', kapal perang utama durjana Portugis yang mendarat menyerang Melaka pada tahun 1511. Dengan kuasa Allah, kapal ni tenggelam di dasar Laut China Selatan lepas terlanggar batu karang dekat Jambu Aye, Acheh pada malam 1512. Tu la Alfonso, len kali jangan duk buat jahat. Tengok balasan Tuhan.
Replika 'Flor De La Mar' di kala senja berlabuh |
Dalam muzium ni banyak la artifak sejarah seperti senjata perang, duit lama yang tak terkira jumlahnya. Aku tengok ala kadar je sebab malam nak menjelma. So kena percepatkan langkah, jam sudah menunjukkan jam 0600+ pm. Kang tak pasal pasal ada benda lain yang menjelma ikut aku balik hotel. Nauzubillah Min Zalik, jangan la. Huhu
Bendera Portugis lama masa zaman Kesultanan Melayu Melaka |
Habis pusing dalam 'Flor De La Mar', aku masuk muzium sebelah iaitu Muzium Samudera. Kali ni free entrance. Mostly, intipati bahan dalam muzium lebih kurang sama tetapi aku tertarik dengan patung ni. Kira jatuh cinta pandang pertama la. Mulai hari ni, beliau salah seorang idolaku. Cuba teka sape orangnya?
Muzium Samudera |
Ha, beliau ni ibarat macam Marco Polo dalam versi Islam punya. Tapi bagi aku, beliau lebih hebat dari Marco Polo sebab satu, beliau saudara seIslamku. Pastu belayar lebih kurang selama 30 tahun dari hujung benua Afrika merentasi benua Eropah, Asia hingga la China. Siap buku beliau diterbitkan di Jerman lagi. Marco Polo hade camtu?
Ini la idola pujaanku, pelayar Morocco Ibnu Batutah |
Ok, masa dah semakin mencemburui aku. Aku terus bergegas keluar dari Muzium Samudera ni bergerak ke muzium terakhir iaitu Muzium TLDM. Ini pun bikin aku terpesona dan jatuh cinta. Bukan jatuh cinta dengan manusia tapi dengan seragam putih TLDM yang smart giler.
Smart gila gila weh (buleh tak nak cari calon suami TLDM, eh?) |
Selfie sekeping dengan heli. Dulu waktu Taib Mahmud datang Kabong,
malas nak bergambar dengan heli |
"Hai abang abang TUDM, tengah buat apa tu?" (tetap macho walaupun patung je, yang penting asal pakai uniform, hehe) |
Kapal TUDM kat belakang muzium |
Cross jalan. Tetiba eh, apasal banyak gerai? Lor, pasar malam rupanya. Jom singgah cari dinner. Terasa nak makan nasi la pulak. Baik makan nasi sekarang, esok esok kat Thailand bukan senang nak jumpa nasi macam Malaysia ni. Meriahnya pasar malam macam kat Pengkalan Chepa jugak.
Rupanya ini la flower pot ice cream yang tersohor tu |
Dinner malam ni: mango shake, nasi ayam, flower pot ice cream = RM 10.00 |
Balik hostel mandi basuh baju dulu. Pastu duduk makan, layan online dulu dengan BC tanya pakar rujukan aku ni apa yang patut, change bateri cam and pastu terus tido.
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Total damage today = RM 21.05 + RM 28.00 = RM 49.05
No comments:
Post a Comment