Monday, December 22, 2014

Day 3 Double-Dutch Melaka Jonker Street

Assalamualaikum...

Hari ni matlamat aku nak menyusuri segenap ruang dan inci Jonker Street. Semalam pun best friend aku ada tanya dah pegi belum Jonker Street. Aku cakap esok la sambil cycling. Jadi sebelum nak menjelajah, aku kena cari basikal dulu sebab menjangkakan selagi tak malam aku tak kan balik hotel. Melampau giler ko Ain, mentang mentang la Allah bagi cuti.

So berpandukan info best friend aku dan my lovely Mr. Google, aku keluar hotel dalam jam 0900 am dan cari basikal kat kompleks Taming Sari. Tanya punya tanya pak cik jaga parking, sini takde tapi kat Jalan Tun Tan Cheng Lock ada satu kedai. Buka Google Map taip nama jalan ni. Aku tak paham sepatah haram map kat ipad, sampai la sesat ke Hotel Equatorial. Aku tanya guard kat situ, dia pun tak tahu. Camne la nak tahu, dia kan warga asing nepal kot. Aish, yang ko ni pun Ain pegi tahu dia buat apa. Banyak lagi warganegara Malaysia ada, kang dah dapat jawapan "i don't know". Kecewa tak sudah, huhuhu.


Hotel mewah yang tak tahu bila dapat duduk sini

Ah, ini tak boleh jadi. Rasa hopeless nak give up pun ada cari basikal dengan google map yang ntah apa apa (emo sikit di kala bulan mengambang). Aku pun patah balik masuk Heritage Site lalu A'Famosa, bangunan muzium warna merah tetiba nampak sekumpulan anak anak muda berseronok sakan naik basikal. Nak tanya dorang takut mengacau pulak tapi pada basikal ada tag nama kedai 'JJ Mart' dengan no telefon sekali.

So aku berazam nak cari 'JJ Mart' ni sampai dapat (tetiba bersemangat balik tengok basikal). Aku menonong je jalan masuk satu kawasan orang Cina. Memula tak tahu aku dah tersesat masuk Jonker Street sampai la tertengok tulisan kat pintu gerbang ni baru tahu. Siap tanya best friend aku Jonker Street ni kawasan orang Cina ke apa. Aku lupa yang Melaka terkenal dengan kaum Cina Baba Nyonya. Hihihi.


Aku suka bangunan merah oldies camni

Aku google map nama 'JJ Mart' nih. Crap ooo mr crab, tak wujud pulak dalam pangkalan data Mr. Google. Dengan segala kudrat yang ada, aku main aci redah je ke setiap lorong-lorong jalan yang ada. Kot-kot la hari ni my lucky day jumpa 'JJ Mart' tu tengah-tengah Jonker ni. Dalam 40 minit aku merayau tak tentu hala. Hahaha. Lutut dah mula rasa lembik, tak larat dengan matahari dah mula meninggi atas kepala.


Aku tak tahu apa nama tempat nih tapi ada patung ala-ala Sazali Samat je
Tilik tilik rupanya ni patung 'The Father of Bodybuilder in Malaysia'

Habis je tengok-tengok patung Datuk Wira Dr. Gan ni, aku belok masuk satu lorong. Tada dah jumpa..


Dari kejauhan macam rumah ibadat orang Buddha

Bukan 'JJ Mart' yang aku jumpa tapi Masjid Kg. Kling yang seni bina memang cantik mengalahkan pagoda Cina. Aku pun snap gambar 2,3 keping and usha-usha tengok kawasan dalam masjid. Yes, takde orang boleh berehat duduk kat beranda luar masjid.


Pemandangan bahagian depan Masjid Kg. Kling
Sejuk mata memandang hilang segala penah lelah tengok ruang dalam masjid
(insaf tengok kubur ada dalam kawasan masjid)

Tengah aku duduk santai elok je kat beranda luar masjid, tetiba aku dikejutkan dengan kedatangan rombongan Jepun. Usha sikit kot-kot ada mamat smart macam Takeshi Kaneshiro ke. Memang dalam reramai tu ada yang smart tapi tak sempat pulak aku nak snap pic. Dorang pun masa tu tengah ke hulu ke hilir dalam kawasan masjid amik gambar. Aku biarkan mereka tu berlalu pegi, baru aku pun mengatur langkah mula keluar meneruskan perjalanan. Sebelum keluar sempat seorang pak cik ni (aku rasa tour guide tak pun penjaga masjid) tegur aku tanya aku dari mana. Baik hatinya pak cik ni sempat hulur roti gardenia coklat kat aku. Terima kasih pak cik.



Keluar masjid, jalan je sepanjang lorong masjid aku jumpa satu lagi rumah ibadat tapi kali ni orang India punya. Nak masuk tak berani sebab macam tengah ada upacara keagamaan dalam tu siap ada sami dengan kelapa yang dibakar lagi (tak sempat snap pic).


Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi Temple


Kalau korang nak tahu, kuil ni adalah kuil Hindu yang tertua di Malaysia. Lama tak lama tahun 1781 dibina oleh ketua orang Chitty iaitu Thavinayagar Chitty selepas Kerajaan Belanda bagi sebidang tanah kat dia.



Ada tourists masuk menyembah kat situ. Aku tengok dari luar je

Berjalan lagi dan lagi tetiba dekat satu simpang empat aku ternampak satu magik. Alhamdulillah, dah jumpa JJ Mart yang aku cari dari tadi. Dengan semangat berkobar-kobar aku terus sewa sebuah basikal, bajet sampai ke petang la.



Basikal warna biru penemanku hari ini

Terus bersemangat giler berkayuh, seronok tak terkata. Macam budak budak baru dapat mainan. Aku kayuh sikit jumpa makam salah sorang 5 Hang Bersaudara, Hang Jebat. Assalamulaikum ya ahli kubur.


Tengok jam dah 1130 am. Aku amik basikal berkayuh dengan sepenuh tenaga menuju ke satu lokasi...

To be continue...

No comments:

Post a Comment