Assalamualaikum...
Hari ni aku bangun agak awal dengan kesakitan senggugut semalam sudah berkurang sikit. Syukur. So, macam biasa aku naik Level 3 mandi ala kadar di shower toilet sebelah Balai Perlepasan. Selepas dah siap semua wangi bagai, aku turun Level 1 tempat jual tiket-tiket bas dan taxi meter.
Aku dah google semalam sebelum tidur. Kalau nak dekat dengan Sayang Selalu Guest House (hotel yang aku tempah), aku kena beli tiket turun dekat Mahkota Medical Centre. So tanya punya tanya kakak jaga kaunter tuh, tiket ada tapi jam 1145 am. Mak ai, lama lagi tuh, ni baru jam 0900 am. Nak tak nak aku beli jugak tiket tuh.
Bas Transnasional KL-Melaka = RM24.10 |
Dipendekkan cerita, jam 1145 am aku selamat bertolak dari KLIA 2 ke Melaka. Sepanjang perjalanan aku tido je sebab senggugut mula menyerang semula dengan sakit pinggang. Sedar-sedar dah sampai A'Famosa Resort rupanya (dah sampai Melaka tanah kelahiranku, hihihi). Bila check google map, jauh lagi rupanya dalam 30 minit perjalanan. So sepanjang perjalanan tu, aku tengok-tengok pemandangan sekeliling je (tak sempat amik gambar).
Alhamdulillah, jam 0245 pm aku selamat tiba di Mahkota Medical Centre. Turun bas je tetiba blur kejap nak jalan arah mana, hihihi. So keluarkan ipad, terus google map Sayang Selalu Guest House. Pening jugak fahamkan route dalam google map nih, so amik masa lebih kurang 20 minit untuk aku sesat sampai ke hotel yang dimaksudkan.
Warna hijau, aku suka.. (gambar ihsan Mr. Google) |
Kecik je pintu masuk (Gambar ihsan Mr. Google) |
Hotel ni berada di antara bangunan-bangunan kedai dan hotel-hotel lain. Eh, tutup ke apa nih? Ha, ada alarm. Tekan alarm sekali!!! Tak sampai seminit ada seorang lelaki muda dalam lingkungan umur pertengahan 30an camtu datang buka pintu dengan senyum manis. Masa ni memang aku tak dapat nak detect abang nih melayu ke, Cina ke, Serani ke tapi ada iras-iras Chinese.
So, aku setelkan tempahan bilik dengan dia, bagitahu booking selama 3 malam melalui booking.com. Dia terus tulis resit, bagi kunci bilik, key card untuk pintu depan, bagi briefing kat aku sikit dan then tunjukkan aku bilik single bed yang telah ditempah. Luckily, walaupun bilik tingkat atas tapi tepi bilik air dan masih dapat wifi.
Guest house spent = RM 75.00 for 3 nights |
Sampai je bilik aku terus rest dan sambung tido. Sungguh tak tahan sakit pinggang dan senggugut lagi. Kali ni teruk jugak sebab month before okay je. Kadang-kadang menstrual cycle aku nih selang-seli sakit tak sakit. Huhuhu.
Dalam jam 0430 pm, aku terjaga. Kesakitan berkurang (sikit). So aku pegi toilet, cuci muka, siap dan turun hotel. Hari ini memang tak bercadang lagi nak berjalan masuk ke Heritage Site, so aku pegi shopping kompleks Mahkota Parade. Masuk kedai Popular (tabiat pegi mall masuk kedai buku, cikgu katakan) tengok-tengok buku dan beli stationaries (yeay, buku satu buku untuk dijadikan journal travel). Pusing-pusing dalam tu hingga jam 0600+ pm. Singgah Watson beli bekalan Salonpas lagi dan Koolfever.
Besar macam KB Mall je aku tengok |
Stationaries + medicines = RM 18.74 + RM 16.10 = RM 34.84 |
Lapar la pulak dari pagi tadi bertahan dengan roti je. So keluar Mahkota Parade, nampak kedai bersusun tepi jalan sepanjang Bandar Hilir nih. Semua kedai dengan menu utama duk promote asam pedas (menu famous orang Melaka ke??? Tak suka asam pedas). So masuk satu restoran macam ala ala indon. Suka tengok kedai nih sebab warna hijau lagi (warna favourite aku, hihihi). Pesan sirap limau dan peca lele ikan keli (gambar tak ada sebab sampai je makanan terus makan sebab dah maghrib, tak elok anak dara keluar malam).
Tak ingat bape dah harga menu aku pesan, so aku anggar je dinner = RM 15.00 |
Sampai hotel around jam 0730 pm aku terus mandi dan basuh baju yang dipakai hari ni, jemur kat ampaian sebelah bilik aku. So malam nih tak ada aktiviti kecuali aku nak study manual kamera dan map Bandar Hilir je.
Study map Bandar Hilir is easy tapi manual cam bikin aku pening |
Menghabiskan masa lebih kurang 30 minit membaca dan belek-belek kamera (konon la padahal most of the time aku layan online), around 1030 pm aku terus membungkuskan diri dalam selimut. Sebelum tido tu tampal salonpas dulu untuk sakit perempuan nih.
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Total damage = RM 148.94
No comments:
Post a Comment