Thursday, December 25, 2014

Day 4 Double-Dutch Chasing The Time

Assalamualaikum...

Hari ni mengharapkan magical bakal berlaku. Hari ni je my last hope and choice. Kalu tidak, huhuhu. Plan untuk check out hotel seawal jam 0830 am. Lepas setel pack barang semua, aku turun ke tingkat bawah nak pulangkan kunci. Intai intai takde orang kat meja ruang tamu. Tunggu dekat 15 minit takde jugak sesape muncul, so aku tinggalkan je kunci bilik dalam box atas meja.

Aku berjalan ke arah jalan raya mengharapkan ada teksi di pagi hari ahad camni. Bukan tak ikhtiar naik bas tapi aku mengejar masa. Semalam sebelum tido aku dah google, hanya post office KLCC je yang paling dekat dan buka pada hari Ahad. Buka pun sampai jam 0400 pm je. Tengah jalan laju (gaya macam hamster berlari dalam roda mainan dia) tetiba sebuah teksi lalu. Driver dia perlahankan teksi dan tanya aku nak ke mana. Belum sempat aku menjawab dia dah bukak bonet kete menyisyaratkan supaya aku letak backpack. 

"Saya nak ke Melaka Sentral. Bape ye charge?"
"RM 20. Memang ini rate biasa sebab kalau pakai meter lagi mahal"

Ye ke RM 20? Aku baca kat blogs harga teksi dari Bandar Hilir ke Melaka Sentral RM15 je. Ni nak tipu aku ke ape? Meter pun tak pakai. Oleh sebab plan aku nak sampai KL sebelum jam 0200 pm, aku malas nak argue banyak dengan pak cik teksi. Kang tak pasal-pasal tak dapat teksi lain, sampai KL pun lewat and Suria KLCC pun tak sempat pegi. Tau tau la kan kalu dah weekend manusia berlambak kat setiap stesen LRT, KTM, shopping mall. Nak jalan pun susah. BIKIN STRESS!!!


Pak cik teksi betul betul berhentikan teksi depan muka pintu depan. 
HAHAHA tak sia sia aku bayar RM20 
(kalau boleh nak berhenti sampai depan kaunter)

Jam 0945 am, aku selamat sampai di Melaka Sentral. Aku amik beg, bayar teksi dan mencari kaunter tiket transnasional nak ke KLIA 2. Tanya punya tanya kakak kaunter tiket tuh, tiket ada tapi jam 1100 am. Mak ai, lama giler nak tunggu bas. Tetiba mentol kat kepala ni menyala-nyala menandakan ada idea bernas sedang dijana. 

"Why not ko jangan balik KLIA 2 dulu? Terus je ke TBS and dari situ ko amik la KTM pegi KL Sentral. Ha kat KL Sentral boleh terus je gi Suria KLCC guna LRT"


Ain, ain. Ko memang genius (koya semeta). Jimat masa dan jimat ongkos. Berjimat itu amalan mulia. Hihihi


Akhirnya beli tiket Metrobas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) jam 1045 am
Tiket bus = RM 10.00
Menunggu bas yang belum kunjung tiba

Tepat jam 1045 am, aku selamat meninggalkan Bandar Melaka. Rasa sedikit emosi pulak nak tinggalkan tempat ni. Banyak lagi yang belum aku terokai terutamanya Hospital Kem Terendak, tempat kelahiranku. Aku gembira dapat kembali mengenali sedikit sebanyak tanah tumpah darahku setelah 26 tahun tidak ke sini. InsyaAllah ada jodoh panjang umur bertemu lagi kita wahai Melaka Bandar Bersejarah.

[BEWARE!! TIADA LAGI GAMBAR MENARIK HANYA TULISAN SEMATA MATA]

Sepanjang perjalanan aku tido je dalam bus. Seat sebelah takde orang maka makin sedap la aku menidurkan diri. Kadang kadang bila bas berhenti di traffic light, aku terjaga kejap then tido balik. Begitu la rutin aku kalau berjalan jauh takde teman bercakap di sisi. Nak tengok pemandangan pun hati masih gelisah selagi tak sampai Suria KLCC.

Dipendekkan cite, aku sampai di TBS lebih kurang jam 0100 pm. TBS ni sekali je dulu aku penah jejak. Tu pun sebab pegi Johor untuk kenduri Linny aka Madihah. Agak macam nak sesat je, aku pun ikut orang ramai yang turun bas sekali dengan aku tadi. Alhamdulillah jumpa kaunter tiket KTM lepas tengok signboard atas kepala.

Beli tiket KTM ke KL Sentral RM 1.00 pastu aku terus bergegas turun ke platform 2 untuk tunggu train. Tetiba aku terperasan. La, sebelah sana stesen LRT rupanyer. Rasa nyesal pulak tadi tak tilik signboard betul betul. LRT cepat sikit banding dengan KTM. Sekali tengok berderu manusia baru turun ke LRT, nyesal tadi dah hilang. Sebaliknya bersyukur pulak sebab naik KTM. Tu la Ain, everything happen for a reason.

15 minit menunggu, train pun sampai. Masuk dalam train takde seat. Takpe, boleh tengok pemandangan kat luar. Tadi kang dalam bas dah tido. Sampai je KL Sentral naik atas beli tiket terus switch naik LRT ke Suria KLCC. Sampai je KLCC hazab giler nak mengharung lautan manusia dengan kesesatan mencari post office. Nasib baik jumpa. Sampai je depan kakak jaga kaunter, 

"ASB offline weekend, so tak dapat amik duit"

Terasa gelap sekejap dunia. Ok, last place CIMB. Sekarang CIMB dan Maybank dah boleh withdraw duit ASB asal ada buku pelaburan je (ke benda ni dah lama buleh buat cume aku je tak tahu erk?). Jawapan yang diterima bila di CIMB sama macam tadi, mendukacitakan. 

"Jangan runsim Ain. Ko kan dah revise route journey semalam"

Sekarang ko kena fokus betul-betul supaya tak buat kesilapan yang boleh menyebabkan ko kena tido tepi jalan kat Thai nanti. Yeap, think positive. GOOD!!!! So aku patah balik ke KL Sentral dan amik bas ke KLIA 2. Waktu ni dah jam 0400 pm.

Sampai KLIA 2, aku singgah KK Mart kat ground floor beli sebungkus roti gardenia, sepaket biskut tiger saiz kecik dan sebotol air Gatorade. Ini la dinner aku dan ini la jugak antara bekalan aku ke Thailand selama 8 hari 7 malam di sana (survive ke tak Wallahua'lam, berserah pada Yang Esa).

Kala malam menjelma, aku hamparkan sleeping bag kat tempat biasa (level 2M) sambil menulis journal. Buka logbook untuk check for the last time my route journey and then sleep for the biggest day tomorrow. 

[Btw, magical yang aku harapkan tidak berlaku. Apa pun YAKIN dengan ALLAH]


Salin semula route journey dalam black travel logbook
(Warna pink tu journal aku)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

Total damage = RM 51.90

Wednesday, December 24, 2014

Day 3 Double-Dutch Unfortunate Day on Jonker

Assalamualaikum...

[Sedutan post sebelumnya] 
Tengok jam dah 1130 am. Aku amik basikal berkayuh dengan sepenuh tenaga menuju ke satu lokasi...

Hajat hati nak menuju ke post office untuk keluarkan duit asb aku. Back up untuk trip Thai nanti sebab aku tahu duit dalam bank tak banyak mana lagi. Semalam dah rujuk Mr. Google pejabat post terdekat ada kat Jalan Laksamana, di luar kawasan Jonker. 

So aku keluar Jonker Street berbasikal ikut map dari Mr. Google. Alangkah terperanjatnya aku bila melihat post office satu bangunan je dengan Muzium Seni yang aku masuk semalam. Tambah memeranjatkan bila aku pegi je dekat pintu post office, ada 2 orang mamat yang duduk tepi kaki lima situ bagitahu post office tutup hari ini. Ya Allah, aku lupa hari ni sabtu pertama Disember. Semua pejabat kerajaan off. 

Aku dah mula rasa panik. Jem kejap kepala. Mundar mandir depan post office dekat 10 minit cari jalan. 

"Batalkan je trip Thai tu. Nanti kang kalu mengemis kat sana sape nak tolong. Dah la pegi mak abah pun tak tahu"

"Giler ko nak batal. Letih-letih bersengkang mata plan. Tiket flight pun dah beli, hotel pun dah booked"

Dua suara ni saling menerjah ruang kepala aku. Ya Allah, beri la aku petunjuk untuk membuat pilihan yang betul. Akhirnya, hati aku berat mengatakan GO ON je dengan trip Thai. Balik hotel malam ni kena revise plan route journey dan belanjawan yang dah dibuat dulu. So aku pegi tepi Sungai Melaka tempat parking basikal tadi untuk amik angin melegakan kepala yang sesak dengan suara-suara yang menggila (saje buat ayat dramatik skit, aku bukan schizophrenia ye buleh dengar suara suara).


Aku duduk atas basikal sambil bersandar pada pagar tepi Sungai Melaka sambil cari tempat teduh. Tengok jam dah hampir 1230 pm. Matahari tengak atas kepala. Tekak minta diisi dengan air yang berais. Aku pun tinggal basikal menuju ke gerai ais kacang tu order favourite aku, ais cendol pulut RM 2.00.


Rasa nikmatnya minum ais dengan angin sepoi-sepoi di tepi Sungai Melaka

Sesekali aku duk tengok lagak pengunjung yang naik Melaka River Cruise di sepanjang sungai. Teringin nak naik jugak River Cruise tu tengok pemandangan malam Bandar Melaka.

"Ain, ko jangan nak mimpi. Tadi kan dah decide nak go on je trip Thai. So kena berjimat kat Melaka. Jangan sampai ko kena tido tepi jalan kat Thai nanti"

Suara itu datang lagi. Huhuhu. Aku pun menghiburkan hati yang lara ini dengan terus berbasikal menuju jalan-jalan kecil di belakang bangunan sepanjang Sungai Melaka. Malas nak layan kecewa ni sebab aku yakin ada hikmah di sebalik yang berlaku.


Hard Rock Cafe. Buleh tak nak jamming malam ni?
(bawak bawak bertaubat la Nurul Ain, tak sedar lagi ni)
Lorong di mana hati lara ini terubat dengan hanya menatap sungai 
dan langit membiru ciptaan Yang Esa (ayat bijak skit kononnya)

Agak agak dah ok sikit jiwa lara dengan kepala pun tak muncul lagi suara-suara tadi, aku meneruskan kayuhan. Matahari masih membahang kerana jam baru melepasi angka 0130 pm. So aku tukar route amik jalan depan bangunan sepanjang Jalan Laksamana. Terjumpa satu lagi church tapi macam baru dibina, warna putih bangunannya macam masih baru. Intai intai pintu tutup, baru je berhajat nak masuk.


Belek peta, St. Francis Xavier Church rupanya

Sambil snap gambar, aku duk berpikir sama ada nak pusing Jonker Street atau nak masuk kawasan A'Famosa sekali lagi dengan basikal. Jam masih awal dan ada lagi 2,3 tempat aku tak cover dekat bangunan merah. So aku berkayuh masuk balik kawasan bangunan merah sekitar Bandar Hilir.



Ha, ni la yang tak sempat cover semalam. Muzium Islam Melaka.

Aku parking dan siap rantai basikal (takut hilang) depan muzium. Fee entrance = RM 2.00 sebab aku dewasa, hihihi. Ada dua tingkat kena tawaf habis-habisan.

Kawasan sekeliling sebelum pintu masuk ofis muzium
Tangga muzium yang kena panjat untuk ke tingkat atas
(NO SHOES allowed on second floor okay)

Dalam muzium ni banyak artifak sejarah Islam sama ada berkait dengan Melaka atau tak. Ada banyak sections kat tingkat atas sampai aku jadi pening. Sape suh tawaf kawasan tak ikut susunan =.='.



Banyak betul info sampai baca sepintas lalu je
Model Masjid Kampung Hulu
Replika Pedang Rasulullah SAW 'Zulfakar'
Al-Quran gergasi dengan huruf takde baris

Dah habis tawaf dalam Muzium Islam, aku berjalan keluar dan singgah bangunan sebelahnya.


Muzium Senibina Malaysia, bersebelahan dengan Muzium Islam Melaka

Apa yang menarik dalam muzium ni, jom usha tengok sekejap. Lagipun free entrance. Rupanya dalam ni ada banyak model bangunan yang femes seluruh Malaysia.



 Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Bangunan Majlis Agama Islam Kelantan
Masjid Kapitang Keling
Rumah Kedai Jonker Street
Gereja St. Andrew

Seronok jugak tengok model bangunan kecik camni. Terasa macam seorang arkitek pulak duk mengomen sorang sorang seni bina model tadi. Nasib baik aku sorang je ada dalam muzium waktu ni. Hohoho.


"Pak cik tengah buat apa tu?" 
(Forever alone sangat ko Ain bercakap dengan patung)

Lepas keluar dari muzium ni, ha baru teringat ada satu lokasi tak pegi semalam sebab tutup. Hari ni intai intai dah buka. Ni pun free entrance jugak.



Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Kat sini korang boleh study balik kronologi camne Tanah Melayu boleh mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 bermula dengan zaman penjajahan, pra kemerdekaan, kemerdekaan and pasca pemerdekaan. So adik adik yang nak PMR ke SPM ke disarankan untuk melawat muzium ini sebelum exam untuk memudahkan ulangkaji anda. Hihihi



Ruang pendudukan tentara Jepun
Contoh pedang samurai yang digunakan askar Jepun 

Zaman sekolah dulu aku rasa pendudukan tentera Jepun la zaman yang paling sengsara sebab masyarakat dulu ditorture secara fizikal, mental dan emosi. Bayangkan orang dulu hanya makan nasi dengan garam je. Takde nasi, ubi. Pepagi buta kena nyanyi dan tabik hormat kat bendera Negara Matahari Terbit tu. Sapa yang tak patuh kena seksa la, paling teruk kena pancung. Datuk aku pun penah ada pengalaman dikerah menjadi buruh kasar membina landasan keretapi kat Vietnam (tak silap aku). Huhuhu, sedih tak dapat nak bayang. Bersyukur aku hidup di zaman pasca merdeka (ye ke dah 'merdeka'?).


Post guard waktu zaman komunis

Bila Jepun menyerah kalah pada 1945 (tak silap aku la), Komunis Bintang Tiga ambil kesempatan untuk cuba nak amik alih Tanah Melayu. Dorang ni pun boleh aku kategori sebagai kejam jugak. Asalnya, dorang ahli-ahli Parti Komunis Malaya ditubuhkan untuk menentang pendudukan Jepun semasa British memerintah. Entah camne dorang boleh mencetuskan siri keganasan dan rusuhan kaum secara besar-besaran menyebabkan banyak pertumpahan darah di Tanah Melayu. Kalau korang baca buku sejarah peristiwa 13 Mei 1969 ha tu la dia.



Zaman British dengan penentangan Malayan Union

Malayan Union ni salah satu taktik jahat British nak mengurangkan kuasa Sultan dengan meletakkan seorang Gabenor pada setiap negeri Tanah Melayu untuk menyelia hal pentadbiran. 

"HUH, NO WAY BRITISH".

Penduduk Tanah Melayu ada yang bukan main ikut telunjuk je, kira bukan geng kipas la. Tabik spring kat wira-wira dulu macam Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman etc sanggup berkorban nyawa mempertahankan kedaulatan agama dan negara.


Ke arah kemerdekaan
Rakyat menyambut kepulangan Tunku dari rundingan kemerdekaan di London
Ni la baju melayu half suit yang dipakai 
Tunku Abdul Rahman sewaktu pengisytiharaan 
merdeka (dulu kat tv aku tengok hitam putih je)


Tetiba jumpa satu ruang dalam muzium tu ala ala macam dalam scene cite The Matrix (sambil membayangkan betapa hensemnyer Keanu Reeves, hihihi).




Aku pun dah start boring. Nasib baik tour muzium ni dah masuk ruang pasca kemerdekaan. Kaki dah mula rasa tak duk diam nak kayuh basikal semula.

Eh, our Sultan and MB. Hensemnyer. Allahuakbar.
All our former and current prime ministers

Jam menunjukkan 0330 pm. Habis je tour dalam memorial tadi, aku naik basikal terus berkayuh nak masuk semula Jonker Street. Terasa best giler weh naik basikal wandering sorang-sorang sekitar Bandar Hilir ni.


Di kawasan ini la terserempak anak muda Cina sakan bergayuh 
dengan basikal JJ Mart (Petunjuk Allah datang tanpa diduga)
Oldies train koc. Sekarang dah jadi kedai souvenir.
Jangan masuk, nanti duit habis, hihihi

Masuk Jonker Street, aku main redah je setiap lorong, jalan yang ada. Menikmati pemandangan bangunan oldies yang penuh dengan nostalgia. 



Deretan bangunan oldies yang menggamit memori
Pintu jalan belakang Jonker Street
Pintu gerbang kawasan hujung Jonker Walk
Cheng Hoon Teng Temple
The Baba Nyonya Heritage Museum. 
Tak masuk sebab tengok papan notis ada fee entrance
Straits Chinese Jewellery Museum. 
Tak masuk jugak, amik gambar dari luar je 
(jewellery is not my taste, hihihi)

Tengok jam dah 0430 pm. Ok, bajet dalam jam 0500 pm nak hantar basikal. Mesti kena charge RM 10.00 sebab dah lebih 5 jam. So ada setengah jam lagi meronda dan snap pics.


Admiral Cheng Ho
Ha muzium ni aku masuk walaupun fee entrance RM 10.00
(suka tengok biografi tokoh sejarah)
Cheng Ho - A faithful Muslim
Lorong lorong gelap di dalam muzium
Selfie sekeping dengan kereta kuda orang Cina 

Kalau sesape nak masuk aku sarankan tak perlu la kot kalau korang tak tahu bahasa Cina (HAHA ko pun Ain bukannya reti Cina HAHA). Mostly, maklumat dalam bahasa Cina. Ada 2,3 kerat je dalam Bahasa Inggeris tapi aku suka muzium ni ada banyak miniatures and pastu ada khat.

Ni rasanya model perkampungan lama di China
Khat Islam
Model-model kapal Cheng Ho
HAHAHA found this but they're not Wok Yoh, Samad and Said
Pemandangan Jonker Street dari tingkat atas Muzium Cheng Ho

Tepat jam 0500 pm, lepas hantar basikal aku jalan kaki terus balik hotel. Nak singgah pasar malam gerai banyak tak buka lagi. So balik mandi basuh baju and rehat. Lepas maghrib aku turun pasar malam beli menu macam semalam cuma hari ni tak beli dah aiskrim. So abih RM 7.50 je. Sambil makan sambil revise balik route journey. Menyedihkan bila terpaksa mencancelkan trip ke Phi Phi Island dan Phuket sebab aku pikir dua tempat ni insyaAllah ada rezeki tahun depan boleh pegi lagi (kononnya). North Thai macam Sukhothai, Ayutthaya dan Saraburi tu bukan senang nak sampai. So priority lebih kepada North Thai.

Tilik tilik route journey, rasa dah ok berserah je pada Allah. Mudah-mudahan berjaya disempurnakan dalam masa yang ada dengan bajet yang tinggal. Esok bakal kembali semula ke KLIA 2. Jejak mencari post office akan diteruskan di Suria KLCC esok. Kaki dah lenguh hampir 4 jam berkayuh ke hulu ke hilir. Tido dulu. 

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

Total damage = RM 31.50