Hari ini mood sedey. Sob sob.
Seperti dijangka, bas dari Sibu
tiba Miri lewat 1 jam. Hampes betul.
Stesen bas Miri.
Sampai sini aku pening mencari mana kaunter tiket ke Brunei. Baca di papan tanda semua takde. Last last aku tanya orang je nak mudah. Rupanya kaunter tiket itu asing.
Kaunter tiket Miri - Brunei. (Kesian dia sorang sorang kat sini)
Nak tak nak terpaksa la aku beli tiket
petang jam 1545 RM 50 ke Bandar Seri Begawan. Bas ke Brunei ada 2x je perjalanan, satu
pagi and satu petang. Nasib la sape yang salah percaturan macam aku ni kena amik bas petang. Patut semalam amik bas awal lagi dari Sarikei (ko ingat bas kat Malaysia on-time macam bas kat Jepun..=.=').
Aku merayap sekejap masuk pasar pagi di sebelah stesen bas.
Orang banyak menjual sayur dengan buah. Tak membeli pape pun, saje tinjau kawasan macam YB. Hahaha. Sebenarnya, aku tunggu member aku yang semalam datang pick up. Kami dah janji nak jumpa jam berapa, lagipun dia nak bawa aku pusing pusing Bandar Miri.
Jam 0930 member aku sampai dan kami ke Pasar Lama sebab aku nak tukar duit dulu.
Money Changer di Miri. Ok la rate dia.
Aku tukar RM 200 je, dapat la BND 67. Sob sob terasa miskin pulak mengenangkan dengan nilai seciput ini untuk aku hidup kat Brunei nanti.
Member aku bawak pegi Restoran Muara di Pasar Lama makan lelapan. Aku pilih lauk kegemaran iaitu ikan keli. Hihihi.
Bandar Miri penuh dengan tanglung. Lepas makan, aku pergi bank ambil duit skit untuk topup belanja di Labuan dengan Sabah. Aku tanya member aku, kat Miri ni takde tempat best ke? Nak tunggu petang lama lagi. Jom meronda dulu.
So member aku bawa datang sini. Taman Awam Miri.
Apa yang best tentang tempat ni? Apa yang boleh aku kongsi taman ini sesuai untuk riadah petang dengan keluarga.
Bunga segar dari ladang. Eh.
Menariknya kat sini ada jambatan gantung. Jom cuba. Ada notis dia tulis jangan naik ramai, dikhuatiri boleh roboh. Huhu. Nasib aku sorang je (member tadi dah lesap calling calling dengan boypren hahaha)
Struktur jambatan ni masih ok je. Takde buruk sampai nak roboh pun.
Antara jambatan ni ada macam pelantar dan tempat rehat berkerusi. Kalau bawa orang tua, boleh la rehat kat situ kejap.
Ada taman permainan kanak kanak kat bawah. Sunyi sebab pagi lagi.
Eh air terjun mini. Siap ada budak mandi manda pulak tu. Tengok dorang terasa macam nak join sekaki pulak.
Terserempak dengan satu keluarga. Rajin dorang bawa anak anak jalan jalan hujung minggu. Pagi pulak tu.
Alamak, ada tangga. Bermonolog "nak turun ke tak, nak turun ke tak? Kalau turun gerenti kena naik semula. Panjat anak tangga. LETIH!!!" Akhirnya tak jadi turun. Hahaha.
Aku patah balik dari hujung jambatan ke permulaan tadi. Takut member aku mencari.
Member aku kata kuda laut ni maskot Bandar Miri.
Member tanya ada tempat lain lagi tak nak pergi. Aku kata takpe la, dah tak larat. Hahaha. Hantar je la aku ke stesen bas. Lagipun aku kesian sebenarnya kat member aku ni, takut dia letih sebab sampai Miri semalam dengan bas.
Selamat sampai di stesen bas, aku menapak ke sekolah rendah di hadapan mencari surau untuk berehat dan solat.
Warna warni surau sekolah mereka. Masuk dalam, tengok takde orang terus aku baring merebahkan badan. Sakit tulang belakang wooo pikul bagpack hijau yang besar tu. Lepas cukup rehat, aku pegi bersihkan diri ala kadar (nak mandi tak dapat) dan solat. 30 minit sebelum bas nak gerak, baru aku keluar dari surau.
Ha, dah nampak batang hidung bas.
Singgah memberi cikedis dulu kat kedai buat mengunyah dalam bas nanti.
Bas sangat selesa macam baru lagi. Tak ramai penumpang. Ada la dalam 15 orang sekali dengan aku. Aku amik tempat duduk tengah dan tepi tingkap. Bagpack letak tepi tak mau bagi orang lain duduk. Kejam tak. Hahaha.
Pemandu bas bagi Arrival Card. Baik isi siap siap sebelum bas bergerak. Nanti tulisan cakar ayam pulak bila bas dah tengah jalan. Kali ni bas memang gerak on time jam 1545.
Lagi lama maa mau sampai Brunei.
Sepanjang perjalanan layan pemandangan je. Tak tidur walaupun aircon syok sejuk.
Dalam jam 1700 camtu, bas lalu kawasan tepi pantai dan sampai di Imigresen Sg Tujuh untuk check dan cop passport keluar dari Malaysia.
Setel urusan passport, bas gerak sampai pulak checkpoint nak masuk Brunei di Imigresen Kuala Belait.
Wuhuu, dah officially jejak Brunei.
Beratur bersama geng satu bas dengan aku tadi. Lepas cop pasport, terus naik dan bas meneruskan perjalanan. Tiada sesi spot-check barang. Mungkin dah lewat petang kot, ramai pegawai dah balik rumah.
Maghrib baru sampai Brunei, dalam jam 1930 camtu.
Asalnya nak menginap di Pusat Belia sebab aku baca blog sape ntah, sewa katil dalam dorm wanita BND 10 je. Kalau hotel lain di Brunei semua yang ratusan punya harga. Malangnya pak cik guard kata tempat ni tutup. Ah, sudah. Gimana nih? Dia cadangkan pada aku cuba ke K.H.Soon Guesthouse.
Nasib baik tempat ni tepi jalan je, takde la sesat mencari. Masa naik anak tangga, aku doa mintak mintak la ada katil kosong. Tak dapat katil, bilik mahal pun takpe la. Janji ada tempat berteduh malam ni.
Alhamdulillah rezeki aku ada katil kosong kat dorm wanita. Bayar BND 10 je. Dalam dorm tu ada 4 katil, ada katil yang penuh barang tapi tuannya takde. Bilik air kat luar.
Aku letak barang terus pergi bilik air mandi. Tak sabar nak jumpa air. Seharian tak mandi. Ops. Hahaha. Lepas mandi, solat dan terus bersiap nak keluar sekejap. Waktu tu awal lagi, baru jam 2030.
Terpandang maklumat no bas untuk ke tempat tumpuan ramai di Brunei. Esok la usha betul betul.
Tempat kunjungan pertama di Brunei, Masjid Omar Ali Saifuddin. Esok la masuk dalam, malam ni amik gambar kat luar je dulu.
Serius sangat cantik bila disinari cahaya lampu. Bergemerlapan.
Pintu gerbang ke Yayasan Hasanah Bolkiah. Mula mula ingat cahaya lampu hijau kuning.
Tetiba, eh boleh tukar tukar ke biru pulak. Kalau korang perasan, sini agak gelap dan sunyi takde orang. Lepas amik gambar aku terus chau dari situ sebelum jumpa penjenayah ke hape ke. Takut jugak sorang sorang camni.
Bangunan Yayasan Hasanah Bolkiah.
Aku masuk ke salah satu shopping mall membeli bekal makanan dan terus keluar.
Pemandangan Masjid Omar Ali Saifuddin dari Yayasan Hasanah Bolkiah.
Air pancut bercahaya dari kolam di tengah kawasan lapang bangunan yayasan.
Nampak ada KFC terus aku masuk nak cari WiFi untuk update perkembangan terkini kat keluarga. Segan masuk camtu je, aku beli Mini Zinger Wrapper BND 1.80 (Mirinda and Mini Red Bean Pastry BND 2.50 beli dalam mall tadi). Ayam dinner plate KFC Sibu yang tak habis aku bawa makan sekali. Jimat. Hahaha.
Selesai makan, jam 2130 menapak balik ke bilik. Yayasan dengan K.H.Soon Guesthouse dalam 5 minit je berjalan. Ternampak satu lagi restoran makanan segera, ini takde di Malaysia. Esok la singgah.
Sampai je bilik, baru bertemu dengan roommate aku yang takde tadi. Perempuan muda Cina, nama Ling. Tegur la gitu gitu je sebab nampak dia pun dah sedia nak tidur. Tengok orang tidur, aku pun join sekaki la. ZzZzz.
Selamat malam Brunei.
No comments:
Post a Comment