Hello. Ehem (betulkan mic...)
Cuti Raya Cina aku tak balik
kampung. So terplan lagi la backpacking. Kali ni buat edisi Trans Borneo ft
Brunei pulak.
Nak dipendekkan cerita hari
kejadian pun tiba. Lepas habis sekolah, jam 1200 aku tumpang kereta rakan kerja aku ke stesen bas Sarikei
sebab dia nak balik Miri. Pastu kawan aku tu dia tinggalkan kereta kat rumah
kawan dia kat sana, so kitaorang sama sama naik bas ke Sibu.
Sampai stesen bas Sarikei jam 1330.
BusAsia antara rangkaian perkhidmatan bas terkenal di Borneo.
Jadual perjalanan Sarikei-Sibu-Bintulu-Miri.
Aku beli tiket bas Sarikei-Sibu jam 1345 RM10.
Pastu beli la cikedis habih RM 4.70.
Bas sampai
dan bertolak jam 1418.
Jam 1600 akhirnya sampai di Terminal Bas Sibu.
Kawan aku tu dia terus ambik bas ke
Miri petang tu jugak. Aku pulak nak amik bas malam sebab tak nak bermalam di Miri, nak tido
dalam bas je. Jimat bajet beb.
Bas ke Miri dari Syarikat BiaraMas.
Jadual perjalanan pelbagai destinasi Bas BiaraMas.
Aku beli tiket bus ke Miri jam 0030, jangkaan
sampai sana jam 0700 pagi esok.
So mereput la kat situ selama 7
jam nak tunggu bas malam karang. Ah, ini tak boleh jadi. So aku masuk pasar
raya Everwin untuk buang masa yang ada. Hahaha. Akhirnya terbeli kacang ubat gigi
dgn bedak RM 9.10.
Pastu aku cari surau kat stesen
bas. Pusing punya pusing cari surau akhirnya jumpa kat 3 kaunter hujung bahagian
kiri stesen.
Keluasan surau cukup cukup untuk seorang je solat.
Jam 1700 aku masuk KFC nak cari tempat untuk cas telefon.
Aku order dinner plate RM16.35. Aku tak makan habis pun sebab saje simpan buat bekal pagi
esok. Lagipun takkan nak masuk duduk saje saje dalam KFC tu, mesti la kena beli
something kan.
Duduk bertapa merasai aircon dan elektrik free. Hihihi.
Lepas mereput dalam KFC selama 4 jam, jam 2130 baru aku keluar. Itu pun sebab KFC nak tutup, kalau tak lagi lama la aku mereput dalam tu. Aku singgah masuk surau solat. Bas lama lagi ni, so aku duduk lepak je kat stesen bas sambil borak dengan seorang auntie Chinese. Katanya nak balik Kuching sambut Tahun Baru Cina di rumah anaknya. Akhirnya, bas sampai
terminal lambat 30 minit. Jam 1300 baru bertolak ke Miri.
No comments:
Post a Comment