Apa khabar semua????
Hari ni jam 0545 dah bangun. Semangat nak explore Brunei. Tup tup hujan turun membasahi Bumi. Adess.
Jam 0700 gerak turun dari bilik. Hujan hujan pun kena redah jugak. Nasib baik dah rintik rintik je.
Cuaca kelam seribu warna. Jadi aku menapak dulu ke Tamu Kianggeh iaitu pasar pagi di sini.
Meriah sungguh aku tengok pasar dorang.
Jajaan sayur sayuran.
Bahan bahan masakan seperti beras, asam, udang kering dan sebagainya. Kalau bawak mak mak kita ni, gerenti seronok membeli belah kat sini.
Air kelapa segar dari ladang. BND 1 sebiji.
Ayam hidup pun dorang jual jugak. Hah, engkau hade..
Habis pusing pasar.
Tokong Cina berhampiran dengan Tamu Kianggeh.
Menghabiskan masa ambik gambar tanglung sementara tunggu hujan berhenti.
Ha, aku nampak bot lalu. Jom, lambai lambai dengan tangan macam tahan bas gitu.
Waktu ni ada kisah menyayat hati sikit berlaku. Khilaf sendiri pun mungkin. Aku naik la bot yang ditahan tadi. Pada mulanya aku kata nak ke Kampung Ayer di seberang.
Pastu entah di mana silapnya, pemandu bot bawa aku pusing satu sungai. Sampai hujung kampung mana ntah dia bawa. Waktu ni aku mula tak sedap hati dah. Ye la, aku bajet tambang BND 1 je. Kalau dah pusing seluas ni mau nya berdolar dolar.
Habis pusing baru dia hantar kat jeti Kampung Ayer. Aku rasa macam nak pitam bila dia cakap tambang BND 10. What The F*** (Hampir terkeluar bahasa carutan aku). Oooo, kau bawa tanpa kerelaan aku. Pastu nak minta tambang lebih konon.
Aku pun kelentong dia (untuk selamatkan diri). Hah, boleh kalau nak tambang BND 10 tapi bayar lepas hantar di jeti Yayasan Hasanah Bolkiah nanti. Tunggu la aku kat situ. Hahaha.
Galeri jam 0900 baru buka. Daripada melangut kat depan pintu pagar tu sambil intai mamat yang hampir menipu aku tadi, baik aku blah masuk Perkampungan Ayer.
Menarik mengenai Kampung Ayer, rumah rumah dibina di atas permukaan Sungai Brunei.
Setiap rumah dihubungkan dengan laluan pejalan kaki yang diperbuat daripada kayu. Kalau lalu sini, kena berhati hati sebab ada kayu yang dah mereput dan goyang tahap nazak. Jangan duk selfie tak hingat dunia pulak. Silap silap boleh terhumban dalam sungai. Huhu.
Di setiap persimpangan laluan, ada jeti kecil untuk bot penumpang warga Kampung Ayer ke tanah seberang (bandar).
Setiap 10 minit korang akan dihidangkan dengan pemandangan bot merentasi celah kampung, ibarat macam pertandingan speedbot dah aku tengok. Laju semacam. Boleh terkezut hati perut kalau tetiba keluar memecut dari belakang.
Satu lagi menarik tentang rumah di sini, warnanya berwarna warni.
Tengok kalau tak percaya. Walaupun kayu kayu biasa je tetapi bila diwarna sebegini terserlah keayuannya.
Hiasan luar di sebuah rumah. Kreatif betul tuan rumah.
Pokok hanya ditanam dalam pasu sahaja.
Rumai yang beroperasi sebagai kedai. Hihi
Tertutup rapat pintu rumah. Sunyi macam tak berpenghuni. Mana pergi semua orang ni hah?
Tetiba aku terpikir camne posmen hantar surat ke kampung ni hah? Pakai bot jugak ke?
Dewan Masyarakat tak silap aku.
Disebabkan tak jumpa orang, aku layan bunga bunga je. Sob sob.
Bokeh bunga.
Even bunga kertas pun nampak cantik waktu travel. Kalau kat rumah, pandang pun tak. Hahaha.
Yes, ada manusia rupanya. Budak ni nama Adib, umur 18 tahun. Dia tengok aku duk tilik tilik bunga tadi lalu tegur aku. Katanya baru selesai amik A-Level, sekarang tunggu keputusan dan tawaran dari mana mana universiti.
Dia kata sekarang rumah di Kampung Ayer sedang dinaiktaraf dengan dana dari pihak kerajaan. Waa, bagusnya Kerajaan Brunei. Tengok la rumah baru dorang. Seni bina omputih.
Perkampungan rumah baru Kampung Ayer. Kenderaan masih antik iaitu bot laju. Hihi.
Sempat pulak si Adib tu cerita pasal rumah tinggalan ni. Katanya berhantu. Ramai yang dah kena usik kalau lalu malam malam kat situ. Seram pulak aku dengar. Jangan cerita lebih lebih budak.
Jam 0900 lepas aku bye bye dengan Adib tadi, terus menapak masuk galeri. Sebelum masuk sempat aku intai ada tak lagi mamat bot tadi. Jeng jeng jeng dah takde. Hahaha. Tu la pepagi dah menipu orang, rezeki tak berkat. Langsung tak dapat bayaran. Free free je aku pusing satu sungai tadi.
Yeay, dapat souvenir percuma masa tulis nama di buku pelawat.
Ruang legar utama galeri.
Ruang informasi mengenai kewujudan Kampung Ayer.
Permainan tradisional rakyat, Pasang.
Aku menapak naik ke Viewpoint di luar perkarangan galeri. Walaupun tak tinggi tapi ok la kalau nak hirup udara segar sambil tengok pemandangan.
Rumah perkampungan Ayer.
Gabungan seni bina tradisional dan moden perkampungan Ayer.
Bandar Seri Begawan dari kejauhan.
Jam 0945 aku ambil bot ke jeti Yayasan Hasanah Bolkiah. Waktu ni hujan dah berhenti tetapi cuaca tetap mendung.
Aku menapak ke Masjid Omar Ali Saifuddin.
Semalam tak sempat nak masuk, hari ini kena ambil peluang untuk masuk dalam masjid.
Papan notis panduan untuk pelancong bukan Muslim tentang waktu lawatan.
Sebelum masuk ke dalam, aku jalan jalan dulu ke kawasan jejantas di sisi masjid.
Ruang solat utama masjid.
Dongak ke atas tengok ukiran dalam kubah. Cantik tak terungkap oleh kata kata.
Pada mulanya aku dah jejak kaki keluar dari masjid. Tetiba aku ternampak 3 orang budak perempuan tengah amik gambar pemandangan dari menara masjid. Aku pun apa lagi, masuk semula dalam masjid.
Cermin tingkap menara. SubhanAllah cantik.
Angin bertiup kuat giler masa ni. Terasa nak terbang badan. Aku redah je untuk ambik beberapa keping gambar. Dari menara, boleh nampak rumah di Kampung Ayer.
Suasana pagi Bandar Seri Begawan. Lengang.
Pemandangan Kampung Ayer dan Yayasan Hasanah Bolkiah.
Keluar dari masjid, aku singgah di restoran makanan segera Jolibee.
Set nasi berlauk ayam BBQ dan Coke, BND 3.70. Murahnya!!!!
(kalau tukar duit ringgit tetap mahal huhuhu =.=')
Tengok jam ada 1 jam lagi sebelum check out. Aku cepat cepat pack barang, makan dan terus mandi bersiap semua. Hajatnya nak ambil feri ke Labuan jam 1300.
Malangnya, aku sesat. Jam 1220 baru jumpa perhentian bas di bawah bangunan teater. Waktu puncak, penuh manusia.
Terpaksa bersesak dalam bas no.38 jam 1230 ke Pekan Muara. Bayaran BND 1. Perjalanan ambil masa 1 jam. Memang bye bye la feri jam 1300.
Sampai di Pekan Muara, aku terpaksa tukar bas untuk ke Terminal Serasa. Konduktor bas bagi tiket lain tetapi tak perlu tambah bayaran tambang.
Jam 1400 baru sampai Terminal Feri Serasa.
Feri seterusnya dan terakhir ke Labuan jam 1640. Huhuhu. Mereput la aku di sini.
Nak beli tiket, kaunter tengah rehat. Orang takde ni elok kita baring dulu satu round.
Masuk Dewan Berlepas solat sebentar di bilik VVIP.
Jam 1500 baru kaunter buka. Beratur dengan orang ramai beli tiket, BND 15. Cukai perkhidmatan bayar BND 2 di kaunter sebelah.
Jam 1600 semua penumpang dipanggil untuk pemeriksaan kastam.
Sambil menunggu waktu berlepas, aku kira duit Brunei yang tinggal. BND 24.30. Kalau ditukar duit ringgit dalam RM80. Kahkahkah. Aku kaya. Lega bakal meninggalkan Brunei tanpa status muflis.
Jam 1615 semua penumpang dipanggil untuk masuk feri.
Petugas feri tengah bantu pak cik mak cik naik sebab feri goyang kena pukulan air laut.
Tiket takde nombor tempat duduk. Jadi berebut la anda kalau nak window seat. Nasib aku cepat beratur tadi, ada la rezeki tepi tingkap.
Bila feri gerak, tetiba aku mabuk laut. Rasa mual menusuk kalbu. Nak tengok pemandangan luar pun tak dapat. Last last aku tidur je sepanjang perjalanan nak elak dari muntah.
Jam 1815 selamat sampai Labuan. Tetiba teringat tarikh hari ini. 07 Feb 2016. Tarikh keramat. Maka dengan itu, saya mendedikasikan travel ini untuk diri sendiri sempena ulangtahun ke-5 menjadi Pendidik Borneo. Hihihi.
Pemandangan matahari terbenam dari jeti Labuan.
Singgah SugarBun beli nasi lemak RM11.40.
Nasi perlu dimakan nak hilangkan rasa loya mabuk laut tadi.
Menapak 10 minit dari SugarBun dah jumpa One Hotel yang ditempah.
Single bed, satu malam RM100.
Masuk bilik terus mandi, tak tahan badan dah melekat kena angin laut. Pastu solat dan makan sambil tengok tv. Sebelum tidur pikir camne dengan rancangan esok sebab Tahun Baru Cina. Asalnya stay satu malam sahaja di Labuan tetapi bila feri terlepas tadi, maka terpaksa la extend satu malam lagi di Labuan.
- Selamat Malam Labuan -
Happy Anniversary ke-5 Pendidik Bumi Kenyalang.