Tido tahap tak hingat dalam train tapi aku sentiasa alert and terjaga bila train stop kat setiap stesen. Buka jadual perjalanan train check stesen mana sebab kat luar gelap and kadang kadang papan tanda stesen selalu tak nampak (tersembunyi).
Lebih kurang jam 0900 am, train yang aku naik dari Hualamphong Bangkok semalam selamat sampai di Surat Thani.
|
Sempat la snap gambar stesen ketapi Surat Thani walaupun jalan macam zombie (mengantuk ZzZ) |
Tetiba aku nampak ada seorang mak cik ni tengah bercakap dengan satu pasangan foreigner dalam stesen. Aku curi dengar perbualan dorang. Oooo, baru tahu mak cik ni agen untuk hub-transportation area Surat Thani. So aku pegi tanya dia sambil tunjuk tiket bas (beli di Hualamphong Train Station semalam). Dia tampal satu sticker kat sweater aku 'Phantip Travel Krabi' and mintak aku and foreigner couple tu ikut pegi pejabat agen.
|
Small town of Surat Thani |
|
Jalan masih basah dengan hujan rintik rintik |
Mak cik ni bawa aku ke satu mini bus yang agak usang namanya phunphin bus. Scaryyy!!! Dia siap speaking dengan aku terangkan camne nak sampai Krabi Town. Kemudian dia naik bus ni explain kat driver hensem pasal aku yang nak ke Downdown untuk catch bus ke Krabi Town.
|
Ni gambar phunhpin bus, yang ni macam baru lagi
(ihsan dari Google sebab waktu tu hujan lebat, tak dapat nak snap gambar sebenar) |
Perjalanan ke Downtown Surat Thani amik masa 45 minit. Hujan tak berhenti henti turun, takde tanda nak berhenti pun. Sepanjang perjalananan, bas asyik berhenti untuk amik and drop penumpang. Lastly, tinggal aku and a few locals je sampai Downtown. Driver bus hensem bawa aku pegi travel agent office then dia terus tinggalkan aku kat situ sorang sorang. Aku terus masuk office tu tanya sorang kakak kat kaunter sambil tunjuk tiket bus. Dia terus tunjuk papan tanda 'Talaat Kaset 2' (Terminal 2 untuk express bus ke area luar Surat Thani such as Krabi, Phuket and Hat Yai) kat jalan seberang.
Aku nampak ada bas sebuah kat terminal tu. Aku agak mungkin bus tu la yang kena naik nanti. Baru je aku nak cross jalan tetiba ada sorang mamat ni duduk membebel dalam bahasa Thai belakang aku. Rupanya dia kejar aku dalam hujan semata mata nak pulangkan sleeping bag aku yang jatuh masa turun phunphin bus tadi. Masih ada lagi nilai kemanusiaan murni kat dunia luar ni yang aku jumpa sepanjang travel.
Terima kasih Mister Baik Budiman!!!!!
Hajat nak ke pejabat pos Surat Thani untuk poskan poskad terbantut kerana hujan makin hebat sehingga baju hujan pun tak mampu nak elakkan baju yang aku pakai dari basah. Basah lencun kasut, baju kemeja dengan seluar slack aku.
|
Tak nampak hapa satu. Duduk bertafakur je tunggu bas gerak ke Krabi Town. |
Jam 1040 am baru bas gerak. Sepanjang perjalanan aku memang tido je, nak tengok pemandangan tak nampak langsung sebab hujan lebat. Sedar sedar dah sampai stesen bas Krabi Town jam 0200 pm.
Aku amik taxi truck ke Boss and Benz House untuk 200 Baht sebab takde pilihan lain. Tak rela aku nak naik moto taxi dengan driver laki semua tu. Kat Krabi Town payah giler nak cari transport. Kalau tahu baik aku stay kat Ao Nang je, nak gi airport pagi buta esok buleh tempah van je. Kali ini tak tahu lagi nak naik apa pegi airport esok. Tawakkal je la.
|
Rumah tumpangan yang agak tersorok di Krabi Town. Bilik aku = 500 Baht |
Lepas berhenti lelah rehat kejap dalam bilik, mandi and solat sume tu, aku terus keluar dari bilik jam 0415 pm merayap ke Krabi Town sambil nak cari transport ke airport esok. Hajat nak tengok tengok jugak Krabi Town apa yang menarik kat sini.
|
Aiii pelik benar haiwan berkaki kat junction ni. Nak kata singa laut pun tak, nak kata mentadak pun tak |
|
Statue pelik kt traffic light. Primitif punya manusia, yang Charles Darwin selalu canang tu 'Manusia Asal Dari Beruk'.
(Apa kejadahnya Darwin propose teori merapu camtu) |
Sibuk jugak Krabi Town petang petang camni. Kalau tengok pada keadaan, aku boleh kata Krabi Town ni macam ala ala Cabang Tiga kat Pengkalan Chepa tu, hihihi.
(Rindunya Malaysia, sabar ye esok dah nak balik huhuhu)
|
Ha, ni the famous Crab statue di Krabi Town (teringat Mr Crab dalam Spongebob) |
|
Khao Kanab Nam Rock dari kejauhan |
|
Kereta bersusun berhenti depan Mr. Crab ni nak amik gambar |
|
Selfie sikit depan Mr. Crab ni |
|
Ada jeti kat Sungai Krabi |
|
Long tail boat ada jugak rupanya (Rindu nak naik lagi) |
|
Kenderaan masih banyak walaupun dah nak malam |
|
Pemandangan senja Krabi Town
(plastik selonggok tepi jalan bikin suspen je, entah ada apa dalam tu) |
|
Nok Awk, White Eagle statue di Krabi Town lambang kebebasan |
Tengah berjalan nak balik, aku jumpa seorang mak cik ni. Moto taxi biker. Ha, ni la peluang aku nak dapat tambang murah ke airport. Tadi tanya kat agen sume amik 400-500 Baht sedangkan duit aku cukup cukup ada 300 Baht je ni. Dekat 15 minit jugak kami bercakap sebab mak cik ni tak faham sangat kalau aku nak speaking pun. Kira pakai bahasa tangan je la. Runding runding dapat harga 200 Baht. Alhamdulillah ada la baki duit aku 100 Baht. Ni tahap papa kedana dah. 100 Baht tu la aku nak cari dinner, nak beli setem untuk poskad lagi.
Lepas close deal dengan mak cik tu (dia akan pick up aku kat hostel jam 0600 am pagi esok, tinggalkan phone number hostel aku and amik number dia sekali), aku terus jalan masuk Night Market Krabi. Hajat nak cari nasi je sebab last makan nasi waktu kat Ao Nang, kira kira 4 hari yang lepas. Gerai sounvenir banyak jugak dalam market ni tapi aku mampu tengok tengok je la, nak beli dah takde bajet.
|
Banyak gerai buah buahan (tengok saje tak mampu nak beli sebab dah papa kedana) |
|
Jumpa satu gerai Muslim, owner siap bagi try setiap lauk yang ada sebelum nak beli |
|
Ni la pilihan dinner aku, nasi + ayam kari + sayur paprik = 50 Baht |
|
Side dish ulam ulaman tapi aku tak makan sebab bukan penggemar ulam ulaman |
Habis je makan singgah 7-E beli setem and terus sumbat poskad kawan dan anak murid aku masuk post office box depan stesen minyak Shell tepi 7-E tu. Sampai bilik, solat dan terus tido awal. Tak sabarnya nak balik Malaysia, dah rindu setengah mati dekat family kat kampung. Huhuhu.
Selamat malam Krabi Town.
Total damage = 770 Baht
No comments:
Post a Comment