[Sambungan entri terdahulu...]
Selamat aku tak terlepas train ke Saraburi. Kalu tak, naye sungguh. Ni sume sebab Darth Vader kat Hualamphong tadi la. Jahat sungguh ko Darth Vader!!!!!
|
Terkejar kejar aku cari train di tengah stesen ni |
Mengikut tiket train yang dibeli, perjalanan Bangkok - Saraburi amik masa dalam 2 jam. So dalam train pagi ni aku berjaga and tak tido pun. Sepanjang perjalanan, boleh nampak suasana kampung macam sawah padi, rumput rumput kuning and sebagainya.
|
Ada Buddha besar duduk bersila |
|
Sawah pagi yang luas giler (kalau buat scene tari menari kat sini best giler) |
|
Rumput rumput kuning macam musim luruh pulak |
|
Matahari dah mula meninggi waktu ni |
Sebelum sampai Saraburi lagi, aku dah mula nampak kelibat sunflower tapi yang orang kampung tanam kecik kecik tepi landasan. Tengok yang ni pun can make my heart pumping like crazy dah, tu belum tengok yang banyak banyak kat ladang.
Keretapi pagi ni delay sikit sampai Saraburi, dalam tiket tulis 1203 pm tapi 1240 pm baru. Takpe, kelewatan itu masih boleh dimaafkan. Kita tak buleh nak expect train akan tiba on time macam train kat Jepun tu. Negara ASEAN ni masih ketinggalan kalau bab menepati masa. Huhuhu.
|
Alhamdulillah selamat sampai Saraburi
(Korang nampak tak dekat pintu masuk tu ada sunflower weyyy) |
Sebelum keluar aku sempat beli tiket train balik ke Bangkok, amik yang lewat petang sebab train ke Surat Thani jam 1050 pm malam ni. InsyaAllah sempat sampai Bangkok kalau takde apa apa halangan. Berdoalah!!!!!
|
Habis lagi duit aku 40 Baht beli tiket ni |
|
Stesen Keretapi Saraburi (ada bendera Malaysia gagah berkibar) |
Aku melilau depan stesen nak tanya orang pasal masjid tapi sume macam tak reti speaking je. So aku buka ipad guna Google Map and Street View cari lokasi masjid terdekat. Ha, ada pun Masjid Ma'barul Bari dekat pekan Saraburi tapi kena jalan kaki 700 m dari stesen keretapi. Sume benda cari on the spot sebab plan hari ni pun on the spot. Fuh!!!!!
|
Jalan raya ditutup sementara untuk beri laluan pada train
(macam suasana kat Wakaf Bharu je aku tengok) |
|
Bandar Saraburi yang agak sibuk waktu tengah hari |
|
Selamat menjumpai masjid ini di celah celah bangunan kedai |
Masuk masuk aku tengok ada ramai budak tengah duduk dengar imam mengajar baca Quran. Ha, ni mesti kelas Fadhu Ain. Ada sorang kakak ni bila tengok aku masuk, dia suruh budak budak bagi ruang untuk aku solat.
Setel solat, aku duduk dengar sekali kelas Fardu Ain tu tapi aku tak faham sebab in Thai language tapi yang aku tahu dorang tengah blaja Surah Yasin. Dalam 5 minit pastu kelas habis. Aku bersalam and borak borak dengan kakak ni tanya pasal ladang sunflower (i don't remember her name but i think it's Sis Fatimah). Payah jugak nak borak borak panjang sebab dia tak fasih english, just know basic je.
|
Budak budak baru habis kelas fardu Ain and tunggu parents datang |
Kakak ni tak pandai nak explain kat aku, so dia panggil sorang abang ni. Muhammad Bhai namanya. Aku rasa macam kena panah petir je bila Muhammad Bhai bagitahu
"No sunflower in Saraburi, you can go back to Bangkok".
"Apakah ni sume??? Habis yang aku baca dalam internet tu tak betul la??? Fikir Ain, fikir. Jauh jauh datang tak kan nak balik dengan tangan kosong lagi"
[bermonolog dalaman]
Aku tahu dorang orang local tapi aku masih belum dapat digest jawapan tadi. Takkan maklumat dalam internet tipu. Local pun kadang kadang bukan tahu pun tempat sendiri. Macam aku ni ha. Kalau korang tanya tempat makan kat mana yang best di Pengkalan Chepa tu, of course aku jawab sate baung je. Tempat lain bukan aku tahu pun. Hohoho.
So aku amik keputusan untuk 100% tidak percaya akan jawapan Muhammad Bhai tadi (Aku bukan jenis yang mudah menyerah kalah. Selagi tak dapat, aku akan usaha sampai dapat kalau berkesempatan). Sekarang dah jam 0200 pm. Sis Fatimah suggest aku makan kat gerai depan masjid since aku cakap aku tak lunch lagi.
|
Mee sup gaya Saraburi and carbonated fruit juice = 50 Baht |
Tengah makan kepala ligat pikir macam mana nak cari sunflower dalam keadaan desperate camni. Memang keje giler datang takde preparation lengkap. Main aci redah je. Wandering sorang sorang kat Utara Thai ni. Kalau mak aku tahu, MATI!!!!!
Tadi nampak tuk tuk kat jalan raya yang ada landasan keretapi. Ha, idea dah datang!!!!! Lepas makan minum ala kadar, aku terus berjalan kaki patah balik kat tempat tu.
|
Ha, ni dia stesen moto taxi and tuk tuk |
Jumpa tuk tuk uncle drivers tanya dorang kat mana sunflower field tapi jawapan memang menghampakan. Apa ni, that your country attractions takkan sume orang tak tahu (tetiba hangin sendirian hoho). Adoi adoi. Aku dah mati kutu nak fikir camne nak jejak sunflower.
Aku bertafakur kejap kat satu sudut sambil buka ipad cari lokasi sunflower di Saraburi. After 10 minit of searching, dah dapat info yang sunflower in Saraburi can be found at Phatthana Nikhom – Wang Muang route. It take one hour and 5 minutes to arrive to Wang Muang by car. Bila tanya kat uncles tadi bape tambang ke sana, dorang charge 1000 Baht pakai moto.
"1000 Baht??? Gila ke hape ni nak pakai moto dengan harga camtu??? Aii, cekik darah nampak. Hurm, macam mana ni Ain. Go on or not??? Try buat muka kesian sikit. Mana tahu dapat harga lagi murah"
[bermonolog dalaman]
Aku mula mencongak masa, budget and menimbang tara sebarang kemungkinan. Bila uncles tadi tengok aku macam berat hati, ada sorang uncle offer 800 Baht pegi balik pakai tuk tuk.
"Hurm, macam buleh dipercayai uncle ni. Muka kebapaan dan lembut je bercakap"
[bermonolog dalaman lagi]
No other option, this is last choice. Aku tak mau lagi pulang dengan hampa macam kat Ayutthaya semalam. Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai dapat cari sunflower. Hohoho. So aku terima je offer uncle ni. Bermula la pengembaraan aku dengan Uncle Kaw dari pekan Saraburi ke Wang Muang menjejaki sunflower pada jam 0300 pm. Dia tak faham sangat english so terpaksa kitaorang guna ipad aku dan body language untuk berkomunikasi. Kesian jugak nak berbual pun tak boleh so perjalananan agak sunyi sepi (krik krik krik) tanpa suara, hanya deruan enjin tuk tuk saje yang bising.
|
Uncle Kaw yang gigih dan baik hati
(topi aku jatuh terbang tengah jalan pun dia tolong kutipkan) |
Dah setengah jam perjalananan. Bayang bayang sunflower pun aku tak nampak lagi. Korang bayangkan la pulak dengan kelajuan tuk tuk tu. Kalau setengah jam perjalanan dengan tuk tuk, kereta dah sampai separuh jalan. Ni suku jalan pun belum sampai lagi weyyy. Beberapa kali jugak uncle Kaw berhenti tanya arah. Rupanya dia pun tak pasti kat mana Wang Muang ni. Adoi la Uncle Kaw, aku ingat dia tahu.
"Betul tak decision yang aku buat ni??? Takkan kena pulang tangan kosong lagi ke??? Pikir Ain, pikir lagi!!!"
[bermonolog dalaman]
Asyik buat on the spot decision je hari ni. Memang tah pape tapi orang cakap camni la baru challenging bila berbackpacking. Dengan hati yang berbelah bagi, aku bagitahu Uncle Kaw kalau by 0415 pm tak jumpa sunflower kita kena patah balik. Train aku ke Bangkok jam 0600 pm. I CAN'T miss that train or it will become huge disaster later on. Dia angguk tanda paham cakap aku.
Perjalanan jadi makin perlahan bila melalui jalan berbukit tinggi. Aku nampak papan tanda "Pasak Jolasid Dam" kat tepi jalan. Ha, maksudnya route kitaorang ni dah betul sebab empangan ni memang dekat ladang sunflower. Harapan untuk tengok sunflower makin tinggi sekarang :)
|
Tuk tuk dengan kelajuan 20 km/jam mendaki jalan curam
(bestnyer kalau naik hilux waktu ni, mesti berdessup laju giler) |
|
Pemandangan dari belakang tuk tuk. Jalan sunyi tak banyak kereta lalu |
Sepanjang jalan aku bermonolog dengan Allah moga adventure aku hari ni selamat. Takut, seram sume ada sekarang. Tengah jalan belum pasti kat mana, pastu sorang sorang pulak tu dengan orang Thai. Kita tak tahu kemungkinan yang berlaku kelak. So, doa banyak banyak and tak henti henti dalam hati. Doa untuk keselamatan diri and doa supaya jumpa sunflower.
Jalan berbukit dah habis. LEGA!!!!! Tetiba, mata aku terpandang pada sesuatu yang berwarna kuning tepi jalan kat depan. Banyak. Sungguh banyak. Giler giler banyak weyyy. SUNFLOWER!!!!! ALLAH!!!!! Dah jumpa. Terus excited giler tahap gaban suruh Uncle Kaw berhentikan tuk tuk tepi jalan.
|
Ya Allah, rasa nak menangis tengok pemandangan camni. MAGNIFICENT!!!!! |
|
Cam tak henti snap gambar. Mana mana aku pandang ada sunflower. This is CRAZY!!!!! |
|
"Bunga bunga matahari. Anggun mekar. Di taman sari. Warna jingga. Suntingan hati. Bagai tanda. Kasih bersemi" [bermonolog dalaman nyanyi lagu Maya 'Bunga Matahari'] |
|
"Hi awak. Asal tak kembang lagi ni???" |
|
Raut wajah puas kegembiraan dapat jumpa sunflower |
|
Bergambar kenangan dengan Uncle Kaw, my tuk tuk driver (yeay, dia belanja aku Pepsi) |
|
"Broom broom, jom naik tuk tuk" (pose dengan kenderaan rasmi Thai) |
|
"ALHAMDULILLAH, i made it. DREAM COME TRUE!!!!!"
(Terasa mahu buat scene tari menari tapi malu pulak sebab ada Uncle Kaw and tuan punya ladang, so gaya WAJIB silang tangan je la) |
Aku rasa macam tak keruan. Kejap pegi sana, kejap pegi sini amik gambar. Tak terucap dengan kata kata weyyy, hanya tergambar melalui tindak tanduk je. Uncle Kaw sengih je tengok aku macam orang hilang anak sampaikan fee untuk masuk ladang ni pun dia tolong bayar (tak mahal pun just 10 Baht je). Hahaha. Sorry but thank you Uncle.
|
Last photos of sunflowers before returning to Saraburi Train Station. MASYAALLAH. Sekali lagi, MAGNIFICENT!!!!! |
So kitaorang stay sini sampai jam 0410 pm. Lepas tu aku cakap kat Uncle Kaw minta dia hantar balik semula ke stesen keretapi. Dia tanya aku tak nak pegi Wang Muang ke. Aku cakap tak payah dah, dapat tengok sunflower tepi jalan ni pun dah cukup. Lagipun ada 2 jam je lagi sebelum train ke Bangkok. At least kena sampai sebelum 0530 pm, kalau terlepas naye aku. Hohoho.
Lalalala, perjalanan balik hari memang mengujakan (senang hati nampak dah jumpa sunflower hohoho). Hilang semua rasa takut and seram aku tadi. Ternyata Allah memang makbulkan doa aku. Thank you ALLAH.
|
Nice scenery on the way back to train station |
Kalau pegi tadi kami lalu jalan raya tetapi balik kali ni aku lalu jalan kampung pulak. Uncle Kaw tahu train aku jam 0600 pm, so dia cuba cari jalan alternatif supaya aku buleh sampai stesen awal.
|
"Camne nak baca nama jalan ni?" - Sudbunthat Road - |
Tuk tuk bergerak agak perlahan sebab jalan kampung ni agak sibuk dengan moto and orang ramai.
|
Orang ramai keluar membeli belah waktu petang |
|
Macam ada pasar malam kat sini |
|
Ada pak cik pak cik polis tengah menjaga keamanan |
Uncle Kaw pesan kat aku. Kalau datang Thailand lagi, jangan lupa calling calling naik tuk tuk dia lagi.
|
Uncle Kaw phone number (promote kejap) |
Kira kira jam 0515 pm, kitaorang sampai semula di Stesen Keretapi Saraburi. Aku tak henti henti ucap thank you kat Uncle Kaw sebab dia merupakan salah sorang yang berperanan merealisasikan impian aku hari ini (even i pay him 800 Baht).
|
Sekalung perhargaan untukmu wahai rakyat Thailand yang berjasa padaku :) |
Keseronokkan melihat sunflower belum pudar lagi. So aku gi snap gambar bunga bunga tu kat depan stesen pulak. Lagipun masih awal, train belum sampai lagi.
|
"Sape cakap tadi Saraburi takde sunflower hen???" |
|
"Hi Little One. What are you doing over there?" |
Attendant tu hidang orange juice dengan roti bun. Air je yang aku bersungguh minum sampai habis, roti tak sentuh pun sebab takde logo halal (even halal Thailand). Lepas habis minum, belum sempat train gerak aku dah lena dibuai mimpi.
Selamat Tinggal Bangkok!!!!!