Hari yang dinanti nantikan telah pun tiba. Hoyeh, pertama kali dalam sejarah hidup menapak ke taman tema sebesar ni. Dulu waktu kecik, main funfair kat Pantai Irama naik wheel ferris yang tak seberapa dan pandu Rock Car main langgar adik aku je. Hahaha.
Selepas turun bas dari Johor Bharu, menonong je jalan ke pintu masuk. Tengok globe ni sepintas lalu je sambil kuatkan iman jangan selfie dulu.
Tips 1:
Toksah sampai USS ko bergambar sini dulu. Baik kau gi beratur dalam barisan. Globe ni pun waktu balik baru aku amik gambar (pelik pulak takde gambar aku sorang sorang kat sini, ah balun je la letak gambar berdua dengan member aku ni.)
Tips 2:
Datang seawal mungkin, kalau kau nak depan barisan maka datang la sejam sebelum pintu masuk buka. Hahaha. Kami sampai awal 20 minit camtu, tak terlalu awal or lewat. Barisan pun dah agak panjang waktu tu dengan kami kat tengah tengah. Get ready nak memecut masuk bila bila je ni.
Tips 3:
Sebaik je pintu masuk dibuka, masing masing sila la buka langkah seribu lari gaya Usait Bolt. Method ni berkesan untuk kanak kanak riang macam aku, eh. Hahaha. Orang badan kecik macam kitaorang boleh la, kalau besar gaya bas harap tidak dicuba bagi mengelakkan semput.
Lengang. Cuti kah??? Hahaha.
Kelakarnya aku dengan member ni, sambil lari siap boleh pulak berbual bual tanya mana pegi semua orang ni ha. Kosong kot kat Hollywood tu (Dah ko lari tadi tinggal semua orang kat belakang, pastu buat buat tanya pulak =.='). Ada jugak budak budak Cina yang join sekaki lari 100 meter dengan kitaorang.
Tips 4:
Sampai simpang kat Hollywood tu, TURN RIGHT. Kenapa? Sebab berdasarkan map yang aku kaji sejak sebulan lalu, sebelah kanan permainan lagi SYIOK (slang orang Singapura). Permainan orang dewasa. Sebelah kiri kategori permainan kanak kanak je, so suam suam kuku la.
Tips 5:
Ko study la dulu jenis permainan dan zones yang ada dalam USS. Pastu buat plan nak main mana dulu, jam bape nak main, nak repeat bape kali dan sebagainya. Kalau tak memang bazir masa buat pilihan salah, takpun melangut pusing sini sana taktau nak main mana dulu. Masa itu Emas!!! Lebih lebih lagi kat theme park.
Ha, ni je la tips nak kongsi. Lain lain boleh baca blog orang lain pulak.
Universal Studio Singapora ni takde besar macam di United State. Walaupun tak besar, boleh tahan jugak la permainan yang ada. Kawasannya terbahagi kepada 7 zon utama:
1. Hollywood
Dibina menyerupai Boulevard Hollywood zaman 70-an dengan hiasan pokok palma. Kat sini jangan lupa cari figure tersohor seperti Marilyn Monroe, Frankenstein's Monster, Minion, Woody Woodpecker. Aku sempat jumpa Si Marilyn je.
Ramai si peminat Marilyn tipu ni.
Serius aku tak kenal watak dipegang Mamat ni. Dia suka kacau kacau orang kat zon Hollywood especially ladies. Eiii, gedeks betul.
Antic car with California number plate.
Oldies Police Car.
2. New York
Bertemakan Bandar New York selepas era kemodenan. Replika Perpustakaan Awam New York turut dibina dengan dua ekor patung singa pada pintu masuk.
Replica of New York Public Library.
Replica of small tunnel towards underground subway station.
This is my home!!!!
Kalau bercerita pasal New York, mesti teringat kartun zaman kecik kecik dulu yang selalu main kat tv2, Sesame Street.
One of the gang in Sesame Street.
Sesame Street souvenir truck.
Di zon ni, aku sempat masuk tengok Spagetti Space Chase sebelum balik.
Dalam permainan ni, kau akan dibawa menjelajah dunia Sesame Street dengan menaiki space car.
Terimbau kembali nostalgia zaman kanak kanak aku. Cuba teka sape watak kegemaran aku dalam cerita ni? Bukan Elmo dan bukan juga Bid Bird. Ha tu yang warna hijau dalam tong sampah, Si Oscar The Grouch. Aku suka tengok dia sebab selalu buat suprise muncul tiba tiba dari dustbin. Hahaha.
Elmo dan Grover tetiba jadi pejuang cakerawala.
Ni waktu tonton When I Grow Up Show. Dalam kalangan mak bapak yang bawa anak, terselit la dua orang makhluk lebih besar dari kanak kanak tapi kecik berbanding orang tua. Ha, tu la aku dan member aku. Hahaha.
3. Sci-Fi City
Gambaran kota metropolitan masa depan dengan teknologi canggih. Di zon ini ada satu roller coaster bersilang, Battlestar Galactica: Human and Battlestar Galactica: Cylon.
Diilhamkan dari hit tv series, Battlestar Galactica.
Masa aku pergi tu, roller coaster masih dalam tempoh percubaan lagi. Pengunjung belum dibenarkan untuk menaikinya.
Melepas nak merasa roller coaster pertama dalam hidup aku. Huhuhu. Takpe, main permainan lain yang ada je.
Ni riding pertama aku semasa masuk ke USS sebenarnya iaitu Transformer: The Ride iaitu simulator efek 3D dengan semburan air, angin, wap panas, kabus dan sebagainya.
Bumble Bee before transforming.
Simulator tentang cerita penggembaraan serta misi menyelamat aku dan penumpang lain oleh Bumble Bee dari villain robot, tak silap aku Optimus Prime kot. Entah, aku tak layan sangat movie Transformer tu. Scene kereta aku jatuh bangunan menjunam 90 darjah tapi sempat disambar Bumble Bee memang mendebarkan giler. Sampai dah terjerit kuat kuat dalam tu padahal efek je pun.
Laluan sebelum menaiki kereta penggembaraan Transformer: The Ride.
Tongkat sakti kepunyaan sape la ni.
Jejak kaki warga Malaysia di USS.
Aku ride simulator ni dua kali. Kali pertama efek 3D takde rasa sangat. Mungkin mainan ni belum panas, baru on agaknya pagi pagi buta. Semburan air pun nak tak nak je. Hahaha.
Waiting time kali kedua.
Waktu tengah hari main sekali lagi, basah kuyup muka aku dengan semburan air pastu dalam kereta rasa macam kat sauna je kena wap panas. Amik kau nak efek 3D sangat.
Futuristic Starbot Cafe.
Masuk amik gambar, pastu tengok tengok je la. Nak membeli makanan duit takde. Hahaha.
4. Ancient Egypt.
Zon yang dibina berdasarkan Golden Age of Ancient Egypt pada tahun 1930-an. Bila menapak je ke situ, kau akan terasa seperti di Mesir purba kala dengan patung gergasi Firaun.
Mainan paling best semestinya Revenge of the Mummy: The Ride yang diilhamkan dari filem The Mummy. Roller coaster berkelajuan tinggi dalam gelap siap boleh reverse depan belakang secara tiba tiba dengan api kat tepi landasan macam nak menyambar kau. Memang madness naik benda ni sampaikan aku dengan member repeat tiga kali beb. Lepas main, gi kaunter gelak gelak tengok muka hodoh masing masing tertangkap dengan kamera tersedia ada. Hahaha.
5. The Lost World
Aku sempat main tiga games kat sini. Satu, Jurassic Park Rapids Adventure. Menyusuri sungai dengan bot pelampung bulat. Basah kuyup toksah cakap la walaupun dah pakai baju hujan. Cuba bayangkan macam kau naik rakit dengan orang kiri kanan berhempit tak boleh nak elak diri dari percikan air, pastu air sungai tiruan tu punya la deras and simpang siur pulak tu.
Dua, Canopy Flyer. Roller coaster 4 kerusi menyusuri hutan Jurassic Park. Takde la madness sangat macam Revenge of The Mummy. Kanak kanak pun sesuai naik.
Tiga, Waterworld. Ini live action performance dengan aksi tembak menembak, pastu jet ski melayang keluar dari menara dan aksi lagak ngeri pelakon panjat tali, terjun platform. Al kisahnya si hero nak menyelamatkan si girlfriend dia kot yang kena culik dengan penjahat ke hape ke tak ingat dah aku.
Show jam 1.00 petang. Dua kali je, satu lagi lewat petang. Pandai pandai ko nak pilih waktu mane satu.
Aku duduk seat depan dalam zon basah, so berbaju hujan sekali lagi. Malangnya satu titik air pun tak kena aku masa performance tu berlangsung. Hampagas betul.
6. Far Far Away
Pintu gerbang masuk Istana Far Far Away.
Kau akan terasa seperti berasa di alam fantasi bila sampai sini sebab istana setinggi 40 meter tersergam indah depan mata.
Ada pulak si Fairy Godmother kat situ.
Pintu masuk istana.
Kau akan dihiburkan dengan performance watak watak dalam animasi Shrek.
Aku sempat menonton Shrek 4-D Adventure tentang kisah Shrek menyelamatkan Puteri Fiona. Seronok jugak duduk atas kerusi yang gerak gerak pastu ada efek 3D. Suam suam kuku je la efek tu, takde la menggila macam Transformer tadi.
Habis yang ni, pergi tonton si Donkey membebel dalam Donkey Live!.
Then naik roller coaster kecik kat Enchanted Airways.
Tangga ke Enchanted Airways mini roller coaster.
Signboard nama olok olok pit stop di Enchanted Airways.
7. Madagascar.
Ai, seronok nampak peluk perut buncit Si Gloria tu.
Kat station ni memang kelakar sebab aku main King Julian's Beach Party-Go-Round.
Spesies apa mainan ni? Ala, ride pusing pusing yang budak selalu naik tu. Melayankan permintaan member aku tu.
So buat muka tak malu je la naik sebab biasanya budak dan mak budak je naik. Dah la naik seat yang ada geng Penguins. Hahaha.
Food court bersepah kat setiap zon. Ini di Madagascar.
Cafe atau booth jual makanan banyak dalam USS cuma ongkosnya kami enggak ada (dah kenapa speaking Indonesia). Beli makanan dengan redeem kupon yang dapat semasa beli online tiket masuk USS, just tambah SGD 0.90. Dapat la air, sebijik burger dengan medium fries. Sadis tak. Sob sob.
Food Truck.
Food corner.
Terpaksa tukar duit SGD 10 sebab nak beli souvenir. Barang lain haram jadah mahal kalau tukar duit Ringgit. Souvenir store ada di setiap zon. Aku menapak membeli dekat store pintu masuk USS.
Gloria doll.
Sesame Street dolls.
Snow globe of USS globe.
Ini la pin badge yang aku beli. Seketul ni je souvenir dapat, jadi la daripada takde langsung.
Jam 1700, naik bas balik semula ke Johor Bharu. Tamat penggembaraan menyeronokkan ke USS, my first theme park experience.
THE END.
No comments:
Post a Comment